top of page

KuRsus membina website jabatan

13 Januari 2017 merupakan aktiviti jabatan yang pertama bagi sesi pengajaran dan pembelajaran tahun 2017 iaitu Kursus Membina Website Jabatan Hospitali yang dikendalikan oleh Encik Mohd Sharif Bin Sallehuaddin dari Jabatan Reka Bentuk dan Teknologi.  

​

     Pendedahan yang diberikan amat membantu kami meningkatkan kemahiran ICT dan seterusnya dapat membina website jabatan. Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh setiap ahli jabatan adalah amat baik.  

​

LAWATAN BENCH MARK BILIK BAKERI DAN PASTRI KE POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA

20 Februari 2017 Jabatan Hospitaliti telah membuat lawatan benchmark ke Politeknik Merlimau, Melaka untuk menaiktaraf Bilik Bakeri dan Pastri Jabatan Hospitaliti IPGKPT.  Kehadiran kami telah disambut dengan baik oleh Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Encik Khairulazam Annuar dan Puan Mona.   Kami dibawa melawat ke semua bilik yang ada iaitu Bilik Bakeri, Bilik Pastri, Mock Restoran, Bilik Pelancongan, Dapur umum, Stor Bahan dan Alatan, Hotel, Bilik Mendobi dan Pressing.  Pihak Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Merlimau, Melaka bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam menaiktaraf Bilik Bakeri dan Pastri, Jabatan Hospitaliti, IPGKPT.  Semoga kerjasama ini boleh membawa Jabatan Hospitaliti IPGKPT mencapai visi dan misi jabatan.

​

MESYUARAT PENAMBAHBAIKAN KURIKULUM PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PDPLI) PASUKAN JAMINAN KUALITI AKADEMIK (PJKA) IPG BILANGAN 1/2017

23 - 24 Januari 2017, mesyuarat ini diadakan di Bangunan Tech Mahindra di Cyberjaya bagi penambahbaikan kurilukum PTV (PDPLI) pasukan jaminan kualiti akademik (PJKA) IPG.  Terdapat 2 bidang yang dibentangkan untuk pra-semakan iaitu TESL dan dan TVET.   

​

    Jabatan hospitaliti terlibat dengan perbentangan untuk bidang pelancongan yangl melibatkan kursus-kursus seperti Pentaksiran dalam pelancongan, Projek dan Inovasi dalam Pelancongan,  Pedagogi dalam Bidang Pelancongan, Pengajian Kurikulum dalam Pelancongan, dan e-Pemasaran dalam Industri Pelancongan.

​

KuRsus membina bahan resos oll

7 Februari 2017 Jabatan Hospitaliti turut serta dalam kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Teknologi Maklumat yang dihadiri oleh Pn. Faridah Mariani Johari dan Pn Normah Abdul Rahman, Ketua Jabatan Hospitaliti.  Pelbagai maklumat teknik edit video didedahkan kepada para peserta yang boleh diaplikasikan dalam penyediaan bahan pengajaran.  Kursus ini amat membantu kepada pensyarah dalam meningkatkan kemahiran ICT ke arah penyediaan bahan PdP selaras dengan perkembangan pembelajaran Abad ke 21.

kejohanan olahraga tahunan ke 5

28 Februari & 1 march 2017, Jabatan Hospitaliti terlibat dalam penyediaan jamuan sempena KOT kali ke 5 yang berlangsung di Universiti Islam Malaysia

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

3 Februari 2017 Jabatan Hospitaliti turut serta menyumbang makanan sempena sambutan Tahun Baru Cina peringkat IPG Kampus Pendidikan Teknik.  Sambutan sungguh meriah dengan pelbagai juadah dihidangkan  sumbangan daripada semua jabatan.  Acara sebegini mengeratkan lagi tali silaturrahim antara warga IPG Kampus Pendidikan Teknik tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

​

bottom of page