lawatan susulan kpi dengan smk puteri seremban
27 Februari 2017 Jabatan Hospitaliti telah membuat lawatan susulan ke SMK Puteri, Seremban untuk membincangkan aktiviti KPI Jabatan Hospitaliti. Kehadiran kami telah disambut baik oleh Pengetua dan Penolong Pengetua sekolah.
​
Hasil perbincangan kami telah mendapat persetujuan dengan pihak sekolah untuk berkongsi kepakaran dengan Jabatan Hopitaliti dalam bidang kulinari dan pastri. Cadangan tarikh kursus peningkatan kemahiran ialah pada 11 Februari 2017 (Sabtu). Pihak sekolah memohon kursus 'Food Garnish', 'Pastri Rapuh' dan 'Pastri Lapis Ringkas'. Ia melibatkan 40 orang pelajar SRT tingkatan 4.
​
Kami turut melawat Salun Puteri yang sedang menjalankan Kursus Seni Kecantikan dan Dandanan. Kemudahan infrastruktur yang disediakan adalah baik dan lengkap dengan peralatannya. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik.
​
Describe your image.
Describe your image.
SAMBUTAN HARI LAHIR KAK YONG
24 Februari 2017, Jabatan Hospitaliti telah membuat kejutan buat pensyarah paling senior menyambut hari kelahirannya Puan Sapiah Uyuni. Sambutan ini adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim antara ahli jabatan.
Describe your image.
SAMBUTAN HARI LAHIR ucu
28 Februari 2017, Jabatan Hospitaliti telah membuat kejutan buat pensyarah paling muda menyambut hari kelahirannya Puan Zaitun Yahia @ Yahaya.. Sambutan ini adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim antara ahli jabatan.
kursus Kik 1 dan 2 jabatan hospitaliti
13 & 17 Februari 2017 Jabatan Hospitaliti telah menghantar 3 orang pensyarah untuk mendapat pendedahan terkini mengenai KIK yang akan dipertandingkan pada bulan April 2017. Pada siri 1, satu pendekatan baharu telah diperkenalkan dengan menggunakan konsep Hybrid. Selain itu, kami turut di dedahkan dengan proses penyediaan KIK yang menggunakan pendekatan 'Thinking Design', 'NBOS' dan 'National Blue Ocean Strategy'.
​
Siri ke 2 merupakan penubuhan KIK yang bergabung dengan staff sokongan. Sesi perbincangan meja bulat berjalan dengan baik di mana setiap kumpulan mengenalpasti masalah yang ada dalam pengurusan kerja seharian mereka. Perbincangan mengenai visi dan misi serta latar belakang masalah. semua ahli memberikan kerjasama yang baik.
​