top of page

amali masakan dessert & kuih tempatan

amali masakan pastri & biskut

amali masakan

kek

Mulai 3 Januari 2017, Jabatan Hospitaliti telah menerima 4 kumpulan PISMP RBT daripada Jabatan Reka Bentuk dan Teknologi.  Mereka terdiri daripad 6 PISMP RBT, 4 PIMSP RBT1, 4 PISMP RBT 2, dan 4 PISMP RBT 3.  Amali masakan penilaian 1 ialah menyediakan 2 jenis dessert iaitu dessert panas dan dessert sejuk.  Siswa pendidik turut menyediakan kuih tempatan yang diinovasikan.

Amali masakan penilaian 2 ialah menyediakan 2 jenis pastri iaitu pastri rapuh dan pastri lapis ringkas, dan biskut cara gaul dan ramas.  Masa 5 jam yang diperuntukan untuk amali ini tidak mencukupi kerana pastri lapis mengambil masa yang lebih daripada 1 jam untuk penyediaannya.  ini belum termasuk masa untuk membakarnya.  Walau bagaimana-pun siswa pendidik berjaya menyiapkan semua amali dalam masa 6 jam.

Amali masakan penilaian 3 ialah menyediakan 4 jenis kek iaitu kek cara putar, kek cara enjut, kek cara mencair dan kek kaedah satu langkah. Siswa pendidik dikehendaki menghias sebiji kek mengikut tema yang diberi iaitu untuk majlis Harijadi, sambutan ulangtahun perkahwinan ibu bapa, dan majlis khas.  Siswa pendidik didedahkan kepada teknik menghias kek menggunakan aising mentega, coklat ganache dan aising 'cheese cream'.

amali hiasan makanan

amali masakan

bater

amali PENYEDIAAN MINUMAN

Siswa pendidik turut diberi pendedahan mengenai teknik menghias (garnish) makanan menggunakan buah-buahan dan sayuran.  Kemahiran ini menguji kreativiti dan  kemahiran memotong, menghiris dan membentuk buah-buahan dan sayuran mengikut tema yang diberikan samada berkonsepkan bunga mahupun binatang. siswa pendidik berjaya menghasilkan hiasan makanan yang menarik dan kreatif.

Bater adalah campuran tepung dan cecair yang diadun dan dipukul bersama untuk menghasilkan adunan yang licin dan berkrim.  Masakan bater amat popular dan boleh dijadikan makanan manis dan makanan savouri untuk sarapan, kudapan, minum teh, majlis keraian dan sebagainya. Amali masakan berasaskan bater ini terbahagi kepada dua jenis iaitu bater pekat dan bater cair.  

Siswa pendidik semester 4 diberi pendedahan dalam penyediaan tiga kategori minuman iaitu minuman berkhasiat, minuman merangsangkan dan minuman menyegarkan.  Mereka dikehendaki menyediakan minuman berkenaan mengikut pilihan bahan yang telah disediakan.

bottom of page