top of page

Apakah yang dimaksudkan dengan Inovasi Masakan?


Inovasi adalah satu kaedah menghasilkan atau membuat penambahbaikan ke atas produk baru, produk atau perkhidmatan sedia ada ke arah yang lebih baik. Ini bermaksud, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea kreatif bagi faedah organisasi bersama. Inovasi untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran akan mengubah persamaan di antara permintaan dan pengeluaran (supply-demand equation) terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan.

Masakan bermaksud sesuatu yang dimasak seperti kuih-muih, lauk-pauk, dan sebagainya. proses menghasilkan sesuatu masakan memerlukan resepi yang bermaksud senarai bahan dan peraturan yang diperlukan dalam menyediakan sesuatu masakan atau makanan. Oleh itu, seseorang pereka cipta atau penginovasi masakan adalah merekacipta atau menginovasi resepi untuk mencapai tujuan penghasilan inovasi seperti dalam Rajah 1 di bawah.

Daripada pengertian di atas dapatlah dirumuskan secara mudah bahawa inovasi sebagai:

Perlaksanaan inovasi dilakukan oleh mereka yang berfikiran kreatif dan kritis untuk menjadi peneraju (pioneer) dan meraih peluang yang maksimum. Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:

1. Peringkat Individu

Di peringkat ini, inovasi dilaksanakan oleh individu yang berfikiran kreatif. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi individu yang berfikiran kreatif dan kritis seperti dengan menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya menbina idea baru. Cetusan idea2 baru bukan sahaja dapat menghasilkan teknologi baru, membaiki kualiti sesuatu benda atau menyelesaikan masalah malahan dapat mengubah ketamadunan manusia.

Sebagai contoh penggunaan mesin taip yang digunakan sekitar tahun 1870-an sehingga 1980-an yang dihasilkan oleh Peter Mitterhofer. Kemudian revolusi mesin taip ditukar kepada penghasilan komputer elektronik oleh Charles Babbage yang dilihat untuk membaiki kualiti sesuatu kerja serta dihasilkan seiring dengan arus kemodenan dan persekitaran semasa. Oleh itu setiap anggota sesebuah organisasi perlu sedar akan kepentingan ilmu dan mencetuskan pemikiran kreatif dan inovasi dalam usaha untuk membangun.

2. Peringkat Organisasi

Di peringkat organisasi pula, inovasi merupakan salah satu ciri penting dalam sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka. Setiap organisasi sentiasa berinteraksi secara aktif dan berinteraksi dengan persekitaran secara prospektif. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan yang maksimum atau memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pekerjanya serta organisasi itu sendiri.

Organisasi inovatif adalah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana strategik. Ini boleh direalisasikan dengan cara menggunakan Analisis SWOT seperti dalam Rajah 2.

Rajah 2 : Analisis SWOT

Rajah 2 : Analisis SWOT

Analisis SWOT ini melibatkan proses berikut:

  1. Meneliti ciri-ciri kekuatan yang ada dalam jabatan atau organisasi dan menggunakannya untuk mempertahankan kedudukannya dalam sesuatu persekitaran.

  2. Meneliti kelemahan dan merangka strategi mengatasi setiap kelemahan dengan cekap dan pantas.

  3. Meneliti persekitaran dan mengenal pasti peluang-peluang yang ada untuk memperolehi secara sistematik.

  4. Mengatur strategi, dasar dan prosedur untuk menentang ancaman dan bahaya dari luar dan dalam organisasi.

Takrif Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti. Dalam konteks ini kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran.

Terdapat empat fasa (langkah) utama di dalam proses kreativiti iaitu:

  1. Pengumpulan Maklumat (Knowledge Accumulation)

  2. Inkubasi (Incubation)

  3. Idea

  4. Penilaian dan Perlaksanaan

Faktor utama dalam perkembangan kreativiti dan inovasi

Sesebuah organisasi yang menuju ke arah kreatif dan inovatif ini perlu mengambil kira beberapa faktor utama dalam perkembangan kreativiti dan inovasi. Antara faktor-faktor utama untuk menjadi sebuah organisasi kreatif dan inovatif adalah:

  • Pengurusan

  • Kepimpinan

  • Budaya

  • Teknologi

  • Komunikasi Terbuka

  • Penyelesaian Masalah

  • Strategi

Pengurusan

Pengurusan yang kreatif dan inovatif perlu dirangka berlandaskan perancangan yang strategik. Perancangan yang dibuat adalah bersifat progresif serta berpaksikan kepada strategi kreatif dan inovatif untuk memperjuangkan visi, misi dan matlamat sesebuah organisasi. Pengurusan organisasi melibatkan:

  • Perancangan perubahan

  • Pengurusan Pengetahuan

  • Pengurusan organisasi yang berkesan.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page